Saturday, February 9, 2013

PRODUK SBW MEMBANTU PESAKIT KANSER OVARI PULIH

Salam hormat,

Saya pada bulan Januari lepas telah melawat sepasang suami-isteri di Pulau Serai, Dungun Terengganu. Tujuan lawatan ialah untuk menyaksikan sendiri satu testimoni yang telah di paparlkan di dalam satu kertas pemasaran produk SBW yang berbunyi seperti berikut:-

Assalamualaikum. Nama saya Maziana Binti Awang, tinggal di Pulau Serai Dungun Terengganu. Saya telah menghidapi kanser di pangkal rahim dalam masa yang sama saya lumpuh & terlantar selama setahun 6 bulan, setelah diperkenalkan Jelly Collagen Plus Sarang Burung ini, Alhamdullilah habis 6 botol saya sehat, boleh bangun & berjalan seperti sediakala, rambut saya yang selama ini gugur(botak) sudah tumbuh semula dengan lebat. Sekarang saya pula menjadi pengedar dalam masa yang sama ia telah menambah pendapatan bulanan saya

                                              Maziana Awang,( 013-931 9051 )

Semasa kami tiba dirumah beliau, saya dapati beliau berdiri seperti orang yang sehat, menunggu kedatangkan kami di verandah rumah beliau. Setelah diperkenalkan juga kepada suami beliau, kami pun masuk ke dalam rumah.


Menurut beliau, beliau pada mulanya tiada merasa sebarang kesakitan di bahagian bawah perut, semasa menunaikan sembahyang. Dalam tempoh seminggu beliau terasa sakit semasa rukuk, di bahagian berkenaan. Suami terus merujuk keadaan isterinya ke hospital tempatan dan sertamerta dibawa ke hospital besar Kuala Terengganu. Keesokkan harinya terus dirujuk ke Hospitak di Kubang Kerian. Dengan sertamerta juga beliau menjalani pembedahan di bahagian bawah perut.

Beliau telah menjalani pembedahan selama hampir 7 jam, dimana kedua-dua ovari yang sebesar bola hoki telah dibuang. Keadaan ovari ini disaksikan sendiri oleh suami beliau. Setelah pembedahan belaiu menjalani rawatan Chemo. Akibah terapi yang beliau jalani, rambut gugur dan akhirnya menjadi botak. Beliau juga akhirnya berkeadaan lumpuh dan terlantar selama satu tahun dan 6 bulan.

Disamping menjalanani terapi dan memakan ubat hospital, belaiu telah juga memakan Jelly Collagen Plus Sarang Burung, mengikut sukatanya iaitu dua sudu besar sebelah pagi dan dua sudu besar disebelah malam. Perjalanan masa terus berlalu dan beliau dapati tenaga beliau pulih beransur-ansur dan berat bada juga turut kembali naik. Beliau juga perhatikan rambut mulai tumbuh semula. Setelah habis 6 botal produk ini, beliau merasakan benar-benar telah sembuh dan mempunyai rambut seperti dahulu. Walau pun demikian sehingga ke masa lawatan, beliau masih mengamalkan memakan produk berkenaan dengan menggambil sesudu besar sehari sahaja jelly berkenaan.


                                          Jelly Collagen Plus SBW


Penilian kasar saya, memang saya perhatikan beliau telah sembuh dan rambut beliau memang lebat ( beliau tunjukkan sekejap kepada rakan wanita yang turut bersama saya dalam lawatan berkenaan).

Atas pengalaman ini, saya amat menyarankan supaya sesiapa yang menghidapi kes kanser elok mencuba produk ini. Sebenarnya kes sembuh semula ini telah dirakamkan di Indonesia, tetapi saya hanya dapat membaca sahaja daripada buku-buku mereka. Tetapi kali ini saya saksikan dan dengar sendiri pengalaman berkenaan.

Skian,



Dr Azizol Mohd Sharun